Wednesday, November 4, 2009
PESAN CIKGU
Sekadar untuk menghilangkan tekanan,terimalah pesan dari gurumu.
Bukankah cikgu dah kata?
Thursday, October 22, 2009
Karangan Bencana Alam
Bencana alam merujuk kejadian alam yang mampu memusnahkan negara dan penduduknya. Negara kita memang sering dilanda banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan kerana pelbagai faktor yang mendorong keadaan ini mudah berlaku terutama ketika bumi dikatakan sedang mengalami perubahan cuaca yang drastik dalam tempoh yang terdekat ini. Sesungguhnya, ada banyak faktor yang mendorong keadaan ini dan ada banyak langkah yang boleh diambil untuk membendungnya daripada terus berlaku.
Kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar terutama kemusnahan hutan belantara negara. Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap menjadi pelindung atau penahan berlakunya kejadian banjir dan kemarau kerana keupayaannya untuk menakung air dan menyalirkan air dengan baik. Kemusnahan hutan menyebabkan muka bumi menjadi kosong dan mendorong mudahnya berlaku semua bencana alam ini. Oleh itu, kemusnahan hutan perlulah dipantau dengan lebih teliti oleh pihak kerajaan.
Malahan, keghairahan negara untuk membangun dengan pesat turut mendorong berlakunya bencana alam ini. Pembukaan kawasan bandar baru, industri dan kawasan perumahan telah menyebabkan sistem ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang sebarang kejadian bencana alam daripada tidak berlaku. Manusia menganggap kemodenan mampu menghalang bencana alam berlaku lantas terus menerus menjalankan projek pembangunan tanpa mempunyai rasa takut atau bimbang berlakunya bencana alam di kawasan projek mereka. Justeru, pembangunan yang pesat memang penting tetapi perlulah dikawal atau dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara drastik.
Tambahan pula, sikap kita dalam menguruskan sumber asli terutama penyelenggaran sungai dan pembalakan hutan yang tidak praktikal. Naluri manusia yang sering mengutamakan keuntungan kewangan daripada berfikir secara rasional perkara yang bakal berlaku pada masa depan telah mengundang padah. Semua sumber alam negara akan terus dieksploitasi kerana manusia memang menganggap diri mereka lebih baik dan bijak daripada alam. Jadi, bencana alam akan terus berlaku kerana kegagalan manusia untuk menguruskan sumber alamnya dengan baik.
Sudah pasti langkah yang paling penting dilakukan ialah kerajaan mengetatkan peraturan berkaitan dengan alam sekitar dengan lebih baik. Hukuman yang berat harus dikenakan kepada pesalah-pesalah alam sekitar supaya perkara ini menjadi pengajaran kepada orang lain. Kerajaan harus menjalankan satu usaha pemeriksaan yang holistik tanpa mengecualikan sesiapa jua dalam pemeriksaan ini. Jika kerajaan tegas dalam hal ini, sudah pasti masalah ini mampu diselesaikan dengan mudah.
Malahan, kempen kesedaran terutama kepada generasi muda harus dilaksanakan. Kempen yang dijalankan itu haruslah sesuai dengan minat dan diri remaja kerana merekalah yang bakal menghuni negara ini serta mampu menyelesaikan masalah ini. Kempen yang dijalankan secara terancang mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang menghargai alamnya lebih baik daripada generasi terdahulu. Jelaslah, kempen yang berkesan mampu menangani isu ini dengan lebih baik.
Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku di negara kita. Sikap masyarakat yang sambil lewa kerana menganggap alam bukan tanggung jawab mereka telah menyebabkan masalah ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Mungkin kita semua lupa bahawa setiap kali bencana alam melanda negara ini setiap kali itulah ada nyawa manusia yang melayang. Agaknya kita menilai nyawa manusia sama seperti alam?
MELAYU HARI INI
Tuesday, October 20, 2009
ULBS : KEJUARAAN LIGA-LIGA JUARA EROPAH
Monday, October 19, 2009
Jamuan Hari Raya Aliran Pengajian Keusahawanan
Sunday, October 18, 2009
KEMALANGAN JALAN RAYA
Soalan: Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya yang tertinggi di dunia. Apakah langkah-langkah yang wajar diambil bagi menyedarkan pengguna jalan raya yang hilang kesusilaan ketika memandu.
http://www.geocities.com/burnskot/tutorial/kemalanganjalanraya.htm
Tuesday, October 13, 2009
GRED BARU UNTUK SPM 2009
GRED SEDIA | GRED BARU |
- | A+ |
1A | A |
2A | A- |
3B | B+ |
4C | B |
5C | C+ |
6C | C |
7D | D |
8E | E |
9G | G |
Tuesday, October 6, 2009
Membina Peribadi Waktu Makan
Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu
bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk
membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:
1. Tunggu orang yang paling tua
"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."
2. Baca bismalah dan guna tangan kanan
"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."
3. Ambil lauk terdekat dulu
"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa?
Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa,
itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia
mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.
"Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak.
Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang
lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita.
Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah
waktunya."
4. Kawal suapan
"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan
seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan,
baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih
jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau
lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."
Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia
akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia
mempengaruhi roh."
Thursday, October 1, 2009
Pantun Peribahasa
Berakit-rakit ke hulu
Dipetik daripada : Majalah Pelita Bahasa
Monday, September 28, 2009
SEMOGA MENJADI IKTIBAR…
Saturday, September 12, 2009
Kertas 2, Bahasa Melayu
Friday, September 11, 2009
Betulkan Kesalahan Ejaan
BIL | SALAH | BETUL |
1. | Aidil adha / Iduladha | Aidiladha |
2. | Aidil fitri/ idulfitri | Aidilfitri |
3. | atlit | atlet |
4. | bowling | boling |
5. | calun | calon |
6. | baucer | baucar |
7. | definasi | definisi |
8. | engkar | ingkar |
9. | gambarajah | Gambar rajah |
10. | gembeleng | gembleng |
Betulkan kesalahan ejaan berikut :
BIL | SALAH | BETUL |
1. | Fax | |
2. | Istirehat | |
3. | Karenah | |
4. | Komersil | |
5. | Mee | |
6. | Mencatit | |
7. | lagenda | |
8. | patriotisma | |
9. | pengembala | |
10. | profession |
Thursday, September 10, 2009
Pantun Hari Raya
Saya tertarik membaca pantun ini, walaupun ada pembayangnya yang menggunakan perkataan yang kurang sedikit dan ingin berkongsi dengan insan-insan yang melayari blog saya. Saya terbaca pantun ini dalam sebuah laman ???, cuba hayati bait-bait pantun berikut, dan tinggalkan komen anda. Pantun mengikut negeri...
Pantun Hari Raya
Kelantan...
Make ikke cicoh budu,
Jange lupo tamboh satar,
Kelik rayo taksir laju,
Nanti rayo dale sepita,
Terengganu.. .
Makang ubi jamang jepong,
Makang kepok cicah cuke,
Bulang pose mung bengong,
Bulang raye mung gile,
Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino,
Nasi dagang ikan patin,
Jange mu masam muko,
Raya makan rendang sadin,
Johor...
Cegitu cegini awak suke,
Awak suke kite tak suke,
Esok luse hari raye,
Sama-sama bersuke rie,
Melaka...
Hawau kau berak merate,
Kaki bengkak ulau patok,
Kalu balik naik kerete,
Jangan pandu kalau ngantok,
N. Sembilan...
Masak lomak cili api,
Campo dongan daun turi,
Hari rayo kolumpo sopi,
Tinggal penyamun dongan pencuri,
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur. ..
Wa cakap lu wa tak tau,
Tapi wa tipu sama lu,
Raya jangan buat tak tau,
Angpau ada bagi gua dulu,
Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai,
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq,
Lapaq perut makan pau,
Macam mana tak ketaq,
Kena paksa bagi angpau,
Nasi kandaq kedai mamak,
Anak mami juai pesemboq,
Lepas raya usah dok triak,
Kalu ceti mai ikut dapoq,
Perlis...
Tempat
Hari raya kita berbelanja,
Jangan sampai menambah utang,
Friday, September 4, 2009
Penggunaan Peribahasa (1)
Penggunaan peribahasa penting dalam penulisan karangan untuk menghasilkan penulisan karangan yang baik. Murid turut mempelajari peribahasa bagi menjawab soalan 3(e) dalam kertas 2 Bahasa Melayu SPM.
Sehubungan dengan itu, murid boleh menggunakan peribahasa berikut mengikut nilai murni seperti di bawah :
Bagi penggunaan nilai murni seperti baik hati/ berbudi bahasa/ berhemah tinggi, murid boleh menggunakan peribahasa :-
○ Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang.
○ Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
○ Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga
○ kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
Daya usaha/ kerajinan/ kesungguhan, murid boleh menggunakan peribahasa :-
▲ bagai lebah menghimpun madu
▲ cepat kaki, ringan tangan
▲ genggam bara api biar sampai menjadi arang
▲ kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Dipetik daripada Majalah Pelita Bahasa