Selesai menyemak kertas 2 menyebabkan hati dipagut rasa kecewa. Mana taknya murid banyak membuat kesilapan yang selalu ditegur. Pendahuluan rumusan yang sepatutnya ditukar, tidak ditukar. Soalan novel dibiarkan saja tanpa dijawab! Sedangkan soalan itulah yang bakal membantu murid untuk mendapat markah yang baik, malahan ada juga yang hanya membuat soalan rumusan dan petikan umum dalam masa dua jam setengah. Sayangnya masa dibuang begitu sahaja!
Apa masalah sebenarnya? Adakah cuti seminggu sebelum peperiksaan menyebabkan murid malas mengulangkaji?Sepatutnya semasa cuti seminggu itu mereka membuat latihan-latihan dan mengulangkaji sebagai persediaan untuk peperiksaan percubaan SPM. Alangkah hampanya...alangkah!
Diharapkan selepas mendapat markah nanti, murid-murid akan berfikir dengan lebih matang untuk berusaha mencipta kejayaan dalam SPM khususnya bagi subjek Bahasa Melayu. Murid yang mendapat markah yang rendah giatkan usaha untuk mendapat keputusan yang lebih baik. Murid yang mendapat markah tinggi teruskan usaha supaya A1 dalam genggaman. Bak kata pepatah, 'Genggam bara api biar sampai jadi arang'.
No comments:
Post a Comment