Thursday, September 3, 2009

Peperiksaan Percubaan SPM 2009

Salam,

Murid telah selamat menjawab kertas soalan 1 dan 2 Bahasa Melayu untuk peperiksaan percubaan SPM. Rata-rata mengatakan sukar menjawab soalan nombor 2, Prosa Klasik, Sabor. Gunakan segala ilmu yang diperoleh semasa p & p . Murid perlu mengukur sejauh mana cara belajar yang telah dibuat untuk menghadapi peperiksaan ini. Jika sekadar melepaskan batok di tangga, berubahlah. Gunakan masa yang ada ini untuk memperbaiki kesilapan yang lalu. Murid perlu mengorak langkah untuk mencapai kejayaan dalam SPM sebenar. Bersesuaian dengan pepatah, ‘Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.

Setiap guru pasti mendoakan kejayaan anak didiknya.

* ‘Ya Allah, aku mahu dunia dan akhirat yang dibimbingi ilmuMu…”

No comments:

Post a Comment